Friday, July 29, 2022

RESEPI ASLI REMPAH KARI DAGING SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

 RESEPI ASLI REMPAH KARI DAGING SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

( 32 sudu besar kari terhasil ) pernah dikongsikan dalam Majalah Masakan Aroma


Bahan :

14- 16 batang Cili kering / lada kering
16 sudu besar Biji Ketumbar
8 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Halba
4 sudu kecil Biji sawi
4 sudu kecil Lada hitam
2 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Halia



Cara Penyediaan :

1.Pertama sekali , cili kering / lada kering perlu digunting untuk dibuang bijinya.

2.Teknik sangai atau goreng tanpa minyak digunakan- gunakan frying pan atau kuali, panaskan api sederhana , sangai ciili kering , ketumbar , jintan manis , halba , biji sawi dan lada hitam.

3.Panaskan sehingga bahan-bahan rempah mengeluarkan aroma. Goyangkan pan konsisten supaya rempah dapat dipanggang sekata.-

4.Apabila rempah siap dipanggang, kemudian sejukkan pada suhu bilik , kemudian rempah tadi digiling atau diblender kering sehingga menjadi serbuk. Kalau nak buat bussines kecil kecilan perlu guna mortar atau coffe grinder.Kemudian masukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Siap… untuk digunakan sebagai rempah kari daging!








Aktiviti Chef Obie
👇
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/.../kelas...
Kursus | Kelas Masakan Perniagaan, Baking & Komersial Bertestimoni

Jangan Segan Untuk Hubungi Pihak Chef Obie , aktif mengajar secara personal sejak tahun 2012 hingga kini , juga membantu usahawan baru kedai bahan bakeri sejak tahun 2013 hingga kini juga terlibat aktif dalam Food Consultant terutama RND produk-produk baru makanan dan set up / Pre Launch Restoran , Central Kitchen , Kiosk dan yang berkaitan.

Hubungi MGJ CONSULTANCY

No comments:

Post a Comment

Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie

   Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie Alhamdulillah syukur , masih digerakkan hati untuk berkongsi resepi yang mudah ...