Thursday, November 14, 2019

JJCM Malaysia Terkini #jjcmselangor : RESTORAN RONEY SATAY

JJCM SELANGOR : SATAY SEDAP PILIHAN RAMAI iaitu RESTORAN RONEY SATAY 





HQ Restoran Roney Satay ( Bukit Sentosa )
No 51G, Jalan Adenium 2G/8 , Pusat Perniagaan Adenium ,Taman Adenium ,Bandar Bukit Beruntung Selangor.
Booking Hubungi : 010 2548243 Bukit Sentosa / Bukit Beruntung

Cawangan Klang Restoran Roney Satay 
No 2 Jalan Kebun Nenas 3C/ KS8 , Bandar Putera 2 , Klang Selangor.
Booking Hubungi : 010 2548342 Klang

Masa Perniagaan : Setiap hari jam 5 petang hingga selesai ( boleh datang terus ke restoran atau boleh hubungi di talian yang tertera )






Salam sejahtera , semoga anda kaki makan atau food hunter sihat-sihat hendaknya , malam jumaat kali ini , Chef Obie sukacita ingin berkongsi informasi " TEMPAT MAKAN SEDAP DI SELANGOR " iaitu Pilihan Chef Obie kali ini ialah 

" RESTORAN SATAY RONEY " 

Mengapa Satay Roney ? Sedap sangatkah Satay Roney ? Apa agaknye yang best sangat dengan restoran satay ini ?Kalau lapar berbaloi tak makan disini ?

haaa....ni lah yang chef nak bagi tau.., korang kalau berjalan hingga ke area Bukit sentosa / Bukit beruntung atau di Area Klang Bandar Di raja bolehlah set untuk datang ke RESTORAN SATAY RONEY . 

Owner nya masih muda , sepasang suami isteri yang gigih mengusahakan perniagaan mereka , bermula dari kecil hingga memiliki restoran dan cawangan. Alhamdulillah .., Semoga Encik Roney dan isteri sentiasa istiqomah dalam perniagaannya. Chef sekiranya perjalanan menghala ke bukit sentosa , InshaAllah akan singgah disini ! Pukul 5 petang restoran satay rony ini memulakan perniagaannya. Keistimewaannya - 



Satay Yang lembut , crispy diluar , juicy didalam , selain aroma asli satay melayu yang korang sukar nak jumpa pada zaman sekarang ni , chef biasa juga makan di beberapa pilihan satay yang popular juga di Selangor , tetapi mungkin sedikit berasa kecewa kerana sudah ada segelintir pengusaha satay tidak menjaga keaslian penyediaan dan rasa, apabila mereka sudah tidak lagi menggunakan arang sebagai bahan bakar , mereka gunakan gas dan grill pan paling sedih mereka guna microwave..frust sungguh tau... , mungkin nak cepat membuat pesanan satay tapi ingatlah , pelanggan dari jauh datang kerana ingin menikmati satay yang asli dan sedap serta aroma satay dengan minyak dan serai itu...okaylah kite happy kan diri sekarang juga tak mau yang negatif dekat-dekat ,  Abaikan lah kisah kecewa itu..kite berbalik kepada RESTORAN RONEY SATAY.




Keistimewaan lain , RESTORAN RONEY SATAY juga menghidangkan Menu-menu seperti Masakan Ala Barat , Ala Thai dan Ala Shell out jadi memang sesuai untuk korang yang berjalan satu family , dua tiga bijik kereta jauh-jauh semata-mata nak datang ke restoran Roney Satay ....sebab ada pilihan lain untuk keluarga.





korang jangan risau sebab korang yang jenis budget kalau makan tapi nak sedap , korang bolehlah set makan-makan di sini , chef obie sertakan menu-menu hot di RESTORAN SATAY RONEY yang boleh korang tengok sebagai rujukan , percayalah price memang berbaloi-baloi ! Malah ada Pakej-pakej tempahan satay untuk delivery di  Area Bukit Beruntung / Bukit Sentosa .






RESTORAN RONEY SATAY juga sentiasa mengadakan promo istimewa pada Festive tertentu seperti hari raya , promo untuk tempahan open house.



korang Jangan terkejut , nak order buat tempahan seperti SATAY CELUP RONEY SATAY pun ada !




Korang Boleh Follow Page FB : HQ SATAY RONEY ( klik ) untuk mudahkan korang lihat updated terkini issue-issue di Restoran Roney Satay dan jangan lupa juga follow Facebook : Chef Obie untuk 1001 informasi berkaitan Food .( klik )

Yang tinggal di area klang , Banting mesti cuba menikmati hidangan Satay yang sedap ini , selain menu-menu pembuka selera lain yang pasti tidak mengecewakan ! 
Ingat Cawangan ke 2 RESTORAN RONEY SATAY , Di bandar Putera 2 , Klang.








kalau korang follow FB Page : HQ RESTORAN RONEY SATAY korang boleh jugak jumpa kata-kata semangat , ingatan ..pendek kata ..yang positif ...




Semoga perkongsian info salah satu Hidangan Satay Yang Sedap di Selangor ini dapat membantu anda Jalan-jalan cari makan dengan mudah ...sambil tu kita layan satu lagu dari Aiman Tino , yang baru aje released semalam di you tube..layankan BENCI , tapi korang jangan lah benci membenci ok..., chill.... 





Sembunyikan perasaanmu terhadap diriku
Kerna takut ku yang menghukum jiwaku yang ragu
Mensyairkan suara merdumu di notaku di jiwaku

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Tersusun kata bicaramu mengisi hatiku
Pahit manis telah ku rasa terseksa batinku
Mensyairkan suara merdumu di notaku di jiwaku

Bencinya aku kau robek hatiku

Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Gelora menceritakan retaknya sepi
Yang memalapkan malam-malam ku yang telah lama pergi

Menghembuskan bayu sunyi melenyapkan rasa sepi
Menyalahkan api cinta yang telah pergi

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku ini






Hubungi MGJ CONSULTANCY

Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie

   Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie Alhamdulillah syukur , masih digerakkan hati untuk berkongsi resepi yang mudah ...